|
||||||||||
Sejarah Sekolah Sebermula ................ Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar telah didirikan pada tahun 1892. Letaknya 0.5 kilometer dari Pekan Ramuan China Besar. Di atas sekeping tanah milik Puan Bakyah binti Abdul Rahman maka terdirilah sebuah bangunan sekolah nan indah yang mampu menampung 50 orang murid. Bangunan sekolah pertama ini dibina atas jerih usaha penduduk setempat yang dipantau oleh Allahyarham Datuk Penghulu Haji Karim dan dibantu oleh Sidang Tunggal bin Akir. Pada tahun 1928, bangunan sekolah ini drobohkan. Bangunan sekolah baru dibina. Tapak sekolah lama telah dipulangkan kepada tuan empunya semula. Pengubahsuaian telah dibuat ke atas bangunan asal. Maka terdirilah sebuah bangunan 2 tingkat bertiang batu tanpa dinding di bawah, berdinding papan di atas, bertingkap kayu dan berpelepah bemban serta beratapkan genting. Berpusing roda , beralih masa, Masa silih berganti dan waktu setia berlalu. Banyak liku dan cabaran diharungi oleh SKRCB. Perubahan demi perubahan dirancang dan diaplikasikan agar selaras dengan situasi masa. Justeru itu, tahun 1986, memperlihatkan sebuah bangunan 2 tingkat telah didirikan. Bangunan ini menempatkan bilik guru, pejabat dan 4 buah bilik darjah. 1986 menyaksikan, bangunan A telah diubahsuai dan didindingkan tingkat bawah dan dijadikan 4 bilik khas iaitu 3 bilik untuk pusat sumber dan sebuah surau. 1989 sekali pengubahsuaian terpaksa dilakukan berikutan pertambahan murid. Bersama melangkah ke alaf baru, Sejajar dengan era globalisasi , SKRCB kini telah dilengkapi pelbagai prasarana. Makmal sains dibina, pejabat dilengkapi dengan sistem komputer, makmal komputer dan sebuah bangunan baru 2 tingkat telah didirikan. Dijangkakan pada tahun 2007 dibawah RMK 9 sekolah ini akan berubah wajah dengan bangunan 4 tingkat.
Tarikh Akhir Kemaskini : 8 FEBRUARI 2010
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |